2- 2:28 – Bab – (Sambungan) Mengabaikan Sembahyang Pada Waktunya.
3- 6:00 – Tuduhan Terhadap Bani Umayyah Dan Hajjaj Bin Yusuf
4- 19:24 – Waktu Afdhal Untuk Sembahyang Subuh Bagi Mazhab Hanafi Ialah Waktu “Ishfar” (Cerah Tanah)
5- 37:35 – Dakwaan Hajjaj Bin Yusuf Yang Meletakkan Baris Dan Titik Dalam Al-Quran Dan Pertentangan Logik (Konflik) Diantara Orang Yang Paling Jahat Dengan Orang Yang Paling Berjasa Dalam Satu Tubuh Yang Sama!
6- 53:37 Jabir Bin Yazid Al Ju’fi Adalah Paksi (Sumber Utama) Kepada Cerita Memburuk-burukkan Bani Umayyah
1- 1:28:07 a – Minta penjelasan mengenai satu peristiwa yang Rasulullah s.a w dilaporkan berkata, “Aku berlepas diri” dari tindakan Khalid al-Walid.
b- Dalam peristiwa Isra’ Mi’raj cerita yang popular seolah-olah hanya Abu Bakar r.a seorang sahaja yang segera membenarkan Rasulullah malah ada gambaran ramai yang mengingkarinya. Bolehkah dikenal pasti Sahabat-sahabat manakah yang mengingkari Rasulullah?
2- 1:35:33 a- Beberapa hari yang lalu berlaku perdebatan hangat di internet berkenaan isu Hajjaj bin Yusuf yang diutarakan oleh Maulana. Ramai yang bersetuju dengan Maulana termasuk saya sendiri dan ada juga yang menentang. Diantara hujjah yang dikemukakan mereka yang menentang ialah beberapa hadith dalam Sahih Muslim dan kata-kata sekian ramai ulama’ seperti Ibnu Qayyim, al-Zahabi, Ibnu Katsir, Albani dan lain-lain. Jadi saya berasa bertanggungjawab untuk mengemukakan hal ini kepada Maulana supaya Maulana boleh menjawab sendiri hujjah-hujjah tersebut. Mohon penjelasan lanjut dari Maulana.
b- Kenapa wujud banyak qiraat al-Quran? Bukankah sepatutnya ada satu qiraat saja iaitu qiraat Rasulullah s.a.w?
c- Di tempat kita kini sering dikunjungi oleh orang-orang yang menggelarkan diri mereka sebagai “habib”. Mereka bukan datang ke negara kita sekadar untuk berziarah bahkan menganjurkan majlis zikir, selawat maulud dan qasidah secara besar-besaran. Ada majlis yang dinamakan selawat mega, grand maulid dan sebagainya. Kehadiran orang ramai ke majlis-majlis ini sangat ramai. Ramai juga yang mengangkat “habib-habib” ini setaraf dengan para imam. Apa pendapat Maulana dalam perkara ini? Saya sangat bimbang trend seperti ini akan menular dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.
d – Ada seorang ustaz yang agak popular di kaca tv mengatakan maqam Rasulullah di tutup pada waktu malam kerana untuk memberi peluang ruh Rasulullah s.a.w berehat selepas seharian menerima kunjungan dan salam dari para pelawat maqamnya. Saya tidak pernah dengar cerita sebegitu sebelum ini dan ianya agak tidak masuk aqal tapi untuk berlaku adil saya mohon penjelasan yang lebih jelas dalam hal ini.
3- 2:01:18 a- Bilakah masa untuk bangun untuk solat ketika iqamat, sebelum atau setelah selesai iqamat (oleh bilal ketika solat jamaah)?
b- Apakah hukum khatib berkata “aaqimussolah” setelah selesai khatib itu membaca khutbah pada hari Jumaat?
4- 2:02:21 a. Adakah seseorang itu menjadi kafir sekiranya dia mengaku dirinya Syiah?
b. Bagaimana Ibnu Hajar menulis kitabnya “Tahzib al-tahzib” sedangkan beliau tidak pernah bertemu dengan perawi-perawi dalam kitab tersebut?
1- 1:28:03 – Ramai yang kelihatan mengangguk sedikit sebelum menoleh kepala ke kanan, ke kiri semasa beri salam di penghujung sembahyang. Adakah cara begini ada asasnya? ???
2- 1:31:27 – Ibu saya baru belajar al-Quran di usia mas 60 lebih dengan belajar melalui al- Quraan digital. Ada saudara menegur beliau, bahawa perbuatannya salah dan berdosa sambil mengatakan bahawa dia perlu belajar berdepan dengan guru. Apa pandangan Maulana?
3- 1:34:40 – a) Wajibkah memakai stoking kaki dan sarung lengan?
b) Wajibkah membaca doa qunut ketika solat subuh?
4- 1:36:33 – Rukun solat ada 13; dalam setiap rukun ada rukun yang lain; betulkah?
1- 1:13:40 – Setakat manakah Imam al-Bukhari sendiri telah jelaskan syarat-syarat iltizamat dan lain-lain seninya kerana beliau sempat mengajarkan kitabnya sekian lama?
2- 1:15:49 – Minta pandangan ustaz tentang mereka yang sudah tahu tentang kepalsuan dan kedho’ifan dalil, contohnya amalan malam nisfu sya’ban, tetapi masih lagi mengamalkannya?
1- 1:52:38 a) Ada atau tidak nas atau dalil tentang penggunaan lafaz “ta’ala” dalam salam misalnya, “assalamu’alaikum wa rahmatullah ta’ala wa barakatuh”?
b) Apakah kedudukan “Saiyidina” dalam selawat ke atas nabi “Allahumma shalli ‘ala saiyidina Muhammad”?
c) Majlis kenduri arwah, majlis tahlil, majlis bacaan yasin beramai-ramai adalah bid’ah. Apa hukum bagi orang yang telah mengetahui hal tersebut tetapi masih bersama dalam majlis itu demi menjaga silaturahim keluarga. Apa yang patut dia buat?
2- 2:03:00 a) Adakah membuang jin, syaithan, dan sebagainya adalah cara perubatan Islam? Adakah perubatan ini berlandaskan al-Quran dan hadith? Adakah syaithan dan jin mampu membunuh manusia? ” A” berdendam dengan “B ” kemudian “A” menyihir “B” dengan menggunakan jin dan syaithan? Adakah ini adalah salah satu taqdir yang ditetapkan oleh Allah?
b) Dosa kepada seorang manusia adalah seperti mencuri dan mengumpat. Bagaimanakah jika ingin meminta maaf dengan mereka jika kita lupa? Apakah ada altenatif dari al-Quran dan Hadith?
c) Dosa dengan Allah seperti puasa dan shalat. Apakah perlu mengqadha dan membayar fidyah jika perkara ini ditinggalkan bertahun-tahun?
d) Adakah al-Quran dan hadith ada menganjurkan “cinta” sesama manusia sebelum nikah?
e) Adakah hukum onani bagi perempuan dan lelaki?
3 – 2:09:03 a) Bolehkah ustaz terangkan apa maksud qadha takwini dan tasyrie? .
b) Bolehkah ustaz sebutkan ada berapa silsilah Zahab?
c) Kalau seorang perawi (atau ada ulama’ yang kata dia dhoif mana kala ada yang lain mengatakan dia tsiqah, yang manakah perlu diambil?
4- 2:10:50 – Bolah tak ustaz terangkan secara ringkas makna ayat ini..? Adakah ini bermakna segala maksiat yang berlaku adalah atas kehendak Allah juga?