https://darulkautsar.wordpress.com/
Sahih al-Bukhari – Kitab Waktu Solat – Sesi 8
Bab – Sembahyang Itu Adalah Kaffarah.
Disampaikan Oleh Maulana Asri Yusoff.
Kota Bharu, Kelantan
30 Mar 2013
[Muat Turun Atau Baca Online Nota Kuliah – https://tinyurl.com/y4xzurkd ]
Laman Web Menarik – https://darulkautsarpemurniansyariat….
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:06 – Bab – Sembahyang Itu Adalah Kaffarah.
2- 36:20 – Waktu Sembahyang Yang Afdhal.
3- 46:53 – Antara kelebihan Sahabat-sahabat r.hum ialah sumber utama mereka ialah al-Qur’an dan sunnah
4- 57:20 – Apakah definisi perkataan “fitnah”?
SESI SOAL JAWAB
1- 1:28:10 – Membaca Surah al-Fatihah bagi makmum dalam solat jamaah Subuh, Maghrib dan Isya’ adalah rukun atau tidak? Pendapat manakah yang lebih kuat (samada ianya rukun atau tidak)? Bagaimana pula jika imam sengaja berhenti agak lama antara bacaan al-Fatihah dan bacaan surah semata-mata untuk memberi peluang kepada makmum membaca al-Fatihah?
2- 1:39:15 – Kita sedia maklum “amalan berdoa berjamaah selepas solat jamaah” tiada asasnya; namun adakah dalil yang menunjukan Rasulullah s.a.w berdoa sedirian selepas solat fardhu? Bagaimana pula dengan hadith Rasulullah s.a.w bahawa antara waktu paling afdhal untuk berdoa adalah waktu selepas solat? Benarkah ada ulama’ berpendapat ada doa selepas solat itu bermaksud doa selepas bacaan tahiyat sebelum salam? Jika saya solat di sebuah masjid kemudian imamnya membaca doa perlukah saya “amin”kan doa tersebut atau saya abaikan saja, kerana biasanya bila saya tidak angkat tangan untuk turut sama berdoa akan ada ahli jamaah memandang sinis kepada saya?
3- 1:51:52 – Berdoa berjamaah selain dari selepas solat seperti berdoa sebelum memulakan atau untuk mengakhiri sesuatu majlis atau murid-murid berdoa ramai-ramai sebelum memulakan kelas; adakah ianya menepati sunnah atau tidak?
4- 1:54:31 – Berzikir dengan membaca asma ulhusna adakah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w? Contohnya baca ‘ar-Rahman” 100 kali hati akan menjadi tenang baca ‘Ya Razzaq” 100 kali nescaya akan dipermudahkan rezeki. Adakah semua ini tsabit dari Rasulullah s.a.w?
5- 1:54:50 – Ada penceramah di tv menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak mempunyai bayang! Benarkah begitu?
6- 1:56:53 – Berkenaan Abu Thalib (bapa saudara Rasulullah s.a.w), setakat mana sahih cerita-cerita yang tersebar mengenainya di dalam kitab-kitab sirah?
7- 1:58:44 – Pada hari ini ada penulis yang membukukan kisah-kisah Sahabat dalam bentuk novel. Apa pandangan ustaz?
