https://darulkautsar.wordpress.com/
Sahih al-Bukhari – Kitab Waktu Solat – Sesi 26
Bab – Waktu Asar.
Disampaikan Oleh Maulana Asri Yusoff.
Kota Bharu, Kelantan
24 Ogos 2013
[Muat Turun Atau Baca Online Nota Kuliah – https://tinyurl.com/y6oqvpgg ]
Laman Web Menarik – https://darulkautsarpencerahanaqidah….
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:20 Bab – (Sambungan) Waktu Asar.
2- 25:48 – Komentar Maulana Asri
SESI SOAL JAWAB
1- 1:36:54 – Adakah sembahyang lima waktu sudah wujud sebelum era Nabi Muhammad s.a.w?
2- 1:39:33 a) Yang mana lebih utama diantara menjaga ibu yang telah tua lagi uzur atau tinggalkan ibu untuk keluar berdakwah dan berserah kepada Allah (dengan niat kalau mati masuk syurga)?
b) Bolehkah daging qurban dijadikan aqiqah?
c) Adakah batal sembahyang jika ditambah lafaz “saiyidina” dalam tahiyyat?
3- 1:42:22 a) Seseorang memiliki emas dan wang ringgit tetapi tidak cukup nishab zakat keduanya jika dikira secara berasingan. Apakah wajib dicampurkan keduanya agar cukup nishab dan boleh dikeluarkan zakat?
b) Selawat shifa’ seolah-olah menyatakan Nabi Muhammad s.a w ada kuasa menyembuhkan, Apakah ini tidak salah atau bercanggah dengan aqidah atau syariat atau ada pengertian lain yang boleh ditakwil?
3- Sesuaikah meletakkan kalimah Allah dan Muhammad setaraf (sama paras) di dinding? Apakah ianya sesuai dan betul sedangkan khatam (cop) nabi meletakkan nama Allah di atas?
4- 1:46:45 – a) Apakah hukum memakan haiwan yang memakan bangkai, najis dan sebagainya? b) Apakah batas bersalam-salaman yang dibenarkan oleh syara’ di antara lelaki dengan saudara mara perempuan, misalnya bersalam-salaman dengan nenek, mak saudara tsabit, cucu perempuan tsabit?
5- 1:51:20 – Dikatakan ada hadith riwayat al-Bukhari dan al-Thabrani, diantara tanda-tanda akhir zaman ialah bila ka’bah akan diruntuhkan oleh seorang lelaki berketurunan Habsah yang dilantik menjadi pemerintah Roman. Apakah hadith ini sahih?
6- 1:52:18 – Adakah solat berjemaah itu wajib bagi lelaki? Diantara solat berjamaah dan khusyu’, yang mana dutamakan jika solat bersendirian lebih khusyu’ dari solat berjamaah?
7- 1:53:14 Adakah mendengar qasidah habib-habib adalah perkara bid’ah? Bolehkah saya mengalunkan qasidah-qasidah habib tersebut tetapi tanpa paluan gendang dan alat muzik kerana maksud qasidah tersebut adalah memuji Allah dan Nabi s.a.w?
8- 1:55:48 – Adakah banjir di zaman Nabi Nuh menenggelami seluruh dunia. dan memusnahkan seluruh dunia? Adakah seluruh makhluk menaiki bahtera itu termasuk binatang?
9- 1:57:38 – Apakah pengertian istilah “maksiat”? Ada segelintir masyarakat menganggap maksiat hanya zina, minum arak dan judi. Minta ulasan ringkas maulana.
10- 1:58:51 a- Berapakah bilangan hari yang diharuskan jama’ dan qasar mengikut empat mazhab? Diantara pendapat tersebut yang mana lebih kuat?
b- Mana yang lebih afdhal diantara sembahyang qasar bersendirian atau sembahyang tamam dengan berjamaah?
