SAHIH BUKHARI : KITAB WAKTU-WAKTU SEMBAHYANG : SESI 25 – 170813 –

https://darulkautsar.wordpress.com/

Sahih al-Bukhari – Kitab Waktu Solat – Sesi 25

Bab – (Sambungan) Melewatkan Zohor Sehingga Ke Asar.

Disampaikan Oleh Maulana Asri Yusoff.

Kota Bharu, Kelantan

17 Ogos 13

[Muat Turun Atau Baca Online Nota Kuliah – https://tinyurl.com/y5d6f5nd ]

Laman Web Menarik – https://www.facebook.com/Darulkautsar…

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 – Bab – (sambungan) Melewatkan Zohor Sehingga Ke Asar.

2- 2:11 – Nabi s.a.w Pernah Jama’ Sembahyang Tanpa Bermusafir Tetapi Bukan Dijadikan Kebiasaan Baginda.

3- 34:21 – Panduan, Pengajaran Dan Pedoman Hadith

4- 47:35 – Orang Sakit Boleh Bersembahyang Jama’

5- 55:05 Bab – Waktu Asar.

SESI SOAL JAWAB

1- 1:20:23 a) Isu kemutawatiran al-Quran. Jika Maulana ada menulis buku khas tentang isu yang sangat besar ini dimana saya boleh dapatkannya?

b) Ada seorang profesor membayangkan kalau Husain Habsyi (Seorang yang asalnya ahli sunnah kemudiannya memeluk agama Syiah kerana tidak puas hati dengan sejarah pengumpulan al-Quran dan bersetuju dengan pendapat Syiah yang mengatakan al-Quran yang ada sekarang ini tidak sempurna) sempat membaca kitab-kitab berikut dia tak perlu menjadi Syiah untuk memuaskan hatinya. Saya taip nama-nama kitab ini dan pengarang betul-betul mengikut ejaan beliau dalam sms yang dihantarnya, 1) “al-Khutub al-‘Aaridhah” (oleh Syaikh Rafi’uddin al-Dihliwi ) 2)- “Ummul Quran” (oleh Sheikh Hasbi al-Shiddiqi) .

Soalan saya: Betulkah jawapan ada dalam buku-buku ini atau kedua-duanya dikarang selepas masa Husain al-Habsyi?

c- Iltizamat Imam al-Bukhari diketahui dari dalam kitab Sahih al-Bukhari sendiri atau beliau nyatakan di tempat lain (kerana Maulana pernah kata beliau sempat mengajar kitab sahihnya selama beberapa tahun)?

d- Sempatkah Imam al-Bukhari mengajar kitabnya hingga habis?

2- 1:31:02 a) Setakat manakah had pergaulan suami isteri masa di luar atau tempat umum seperti taman dan pantai. Sebagai contohnys bolehkah pegang tangan atau peluk pinggang?

b) Bagi ustaz mana yang lebih baik belajar di India atau Pusat Pengaiian Darulkautsar buat masa ini? Saya dengar berita bahawa pengajian di India sekarang ni dah tergugat.

c) Apa pendapat ustaz tentang silat batin dan bomoh guna jin? Apakah perbezaan di antara keduanya?

Leave a comment