b) Adakah boleh mencampur adukkan berbagai mazhab?
c) Apakah mujtahid wajib berpegang dengan ijtihadnya?
4- 2:01:46 – a) Bolehkah kalau terlupa baca doa qunut masa solat subuh tidak sujud sahwi?
b) Bacaan apa yang perlu dibaca masa sujud dan ruku’ mengikut sunnah nabi?
5- 2:05:28 – Apakah maksud konsep “wali” dalam hadith 40 Imam an-Nawawi?
6- 2:07:15 – Apa pandangan ustaz tentang ada orang berkata bahawa sembahyang tidak sapu muka itu sah, cuma tak bagus?
7- 2:08:24 – Bagaimana cara menentukan waktu solat jika berada di dalam kapal terbang selama berbelas jam? Adakah perlu mengikut waktu di Malaysia atau waktu di kawasan laluan kapal terbang tersebut?
b) Apakah sama cukai pendapatan dengan zakat pendapatan?
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 3:23 – Bab – Firman Allah: “Hendaklah Kamu Sentiasa Rujuk (Kembali) Kepada Allah”
2- 32:47 – Kelebihan Sembahyang Dan Waktu-waktunya Dan Meninggalkan Sembahyang Ada Kaitan Dengan Syirik Dan Kufur
3- 48:45 – Semua Mazhab Terlibat Dalam Mensyarah Kitab Sahih al-Bukhari
4- 1:03:56 – Perbincangan Ulama’ Mengenai Tahun Dan Berapa Kalikah Qabilah ‘Abdilqais Mengunjungi Rasulullah s.a.w.
SESI SOAL JAWAB
1- 1:36:25 – Apakah maksud menyempurnakan ruku’ dan khusyu’?
2- 1:41:45 – Adakah boleh mengerjakan solat sunat qabliah dan ba’diah jika kita belum habis mengqadha’ solat yang kita tinggalkan?
3-1:43:43 – Selepas solat Zohor berjamaah di masjid manakah lebih baik samada turut berzikir dan berdoa bersama imam atau terus solat ba’diah kerana kesuntukan masa untuk masuk bekerja semula?
4- 1:45:13 – Apakah benar malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mempunyai gambar makhluk bernyawa dan anjing? Berdasarkan hadis ini adakah dilarang bagi kita menyimpan atau menggantung gambar contohnya gambar keluarga, gambar konvokesyen atau gambar perkahwinan?
3- 42:50 – Rasulullah s.s.w Bagi Panduan Kepada Qabilah ‘Abdil Qais Empat Perkara Berikut : 1. Beriman Kepada Allah 2. Mendirikan Sembahyang 3. Menunaikan Zakat 4. Memberikan 1/5 Daripada Harta Ghanimah Kepada Pemerintah Islam
4- 50:17 – 1/5 Harta Ghanimah Adalah Untuk Kerajaan Islam. Ianya Berbeza Dari Apa Yang Ada Dalam Ajaran Syiah
5- 1:11:13 – Bab – Berbai’ah Untuk Mendirikan Sembahyang.
1- 1:43:27 – Adakah kemungkinan terjemahan perkataan “Nasihat” itu dengan “kembali” kepada Allah (Dalam hadith, “Agama Itu Adalah Nasihat….”)
2- 1:46:20 – a) Pada zaman pemerintahan Saiyidina Ali telah berlaku beberapa peperangan di antara Ali r.a , Muawiah r.a dan Aisyah r.ha. Dalam peperangan ini ramai para sahabat telah terkorban. Adakah para sahabat yang gugur di medan peperangan ini boleh kita katakan sebagai syahid sedangkan peperangan yang berlaku itu di antara kaum muslimin bukan peperangan menentang kaum kuffar? b) Apakah hikmah di sebalik fitnah pepecahan yang melanda ummat Islam pada waktu it? Apa pengajarannya kepada kita?
3- 1:58:05 -Maulana dilihat sangat menyanjungi para ulama’ dari India dan Pakistan. Melalui rujukan saya di internet dan buku-buku sememangnya ulama’-ulama’ dari india mempunyai kehebatan yang tersendiri bahkan setanding dengan ulama’ dunia Arab. Tidak sedikit ulama’-ulama’ dan mufti-mufti dari negara Arab yang menzahirkan pujian dan sanjungan kepada ulama’ India atau Pakistan. Soalan saya apakah rahsia yang dimiliki oleh ulama’ India sehingga mereka boleh menjadi hebat sedemikian rupa? Kenapa kita di Tanah Melayu tidak boleh menjadi seperti mereka? Jika dilihat kepada sejarah negara kita, India dan Pakistan banyak persamaan dengan kita seperti pernah dijajah dan ditindas oleh kuasa barat. Lebih teruk lagi ummat Islam di india adalah minoriti sedangkan di Malaysia ummat Islam adalah majoriti. Ada ustaz yang mengatakan bahawa Islam yang datang ke Tanah Melayu sebenarnya bukan Islam yang tulin kerana dibawa oleh orang Parsi, sebab itu banyak pengaruh Syiah dalam masyarakat kita. Manakala Islam yang datang ke India dibawa oleh para tabiin. Adakah ini sebabnya atau adakah kerana kita di Tanah Melayu terlalu kuat berpolitik sehingga mengabaikan agama?
4- 2:09:33 – Majlis-majlis berkuasa agama negara kita sering mengadakan serbuan mencegah maksiat…
5- 2:10:51 – Dari kuliah-kuliah Maulana saya boleh membuat kesimpulan bahawa Maulana banyak mengguna pakai dan bersetuju dengan pendapat Imam al-Bukhari berbanding pendapat imam-imam yang lain. Sekadar untuk pengetahuan kami adakah mana-mana pendapat Imam al-Bukhari yang Maulana kurang setuju atau lemah berbanding imam-imam yang lain. Bolehkah Maulana berikan beberapa contoh?
6- 2:13:54 – Saya sering menonton kuliah ustaz di internet dan belum berkesempatan mengikuti kuliah ustaz secara live kerana saya tinggal di luar Kelantan. Soalan saya. apakah pahala yang saya perolehi dengan menonton kuliah ustaz di skrin komputer itu kurang dari pahala yang diperolehi oleh para pelajar ustaz yang belajar secara langsung. Apakah adab-adab yang saya perlu patuhi semasa menuntut ilmu melalui rakaman kuliah ustaz itu. Ini kerana ada ketika semasa saya sedang khusyu’ tiba-tiba terganggu dengan tangisao anak. Ada juga ketika saya terpaksa berhenti menonton semata-mata kerana isteri meminta bantuan di dapur. Adakah semua perkara ini menjejaskan pengajian say?
7- 2:17:00 – Semasa muda dahulu saya mengaku saya seorang muslim yang lalai sering melanggar larangan Allah dan sering meninggalkan solat. Apa patut saya buat sekarang setelah tersedar dari kealpaaan?
8- 2:20:52 – Kini ramai penceramah dan ustaz-ustaz yang menyelitkan lawak jenaka dalam ceramah mereka. Ada sampai menyanyi lagu Hindustan.
9- 2:24:52 – Bolehkah mandi wajib menggantikan wudhu’?
10- 2:25:58 – Kenapakah masjid-masjid masih lagi azan kali kedua (untuk solat Jumaat) sedangkan ianya tidak diperlukan lagi?
1- 1:28:10 – Membaca Surah al-Fatihah bagi makmum dalam solat jamaah Subuh, Maghrib dan Isya’ adalah rukun atau tidak? Pendapat manakah yang lebih kuat (samada ianya rukun atau tidak)? Bagaimana pula jika imam sengaja berhenti agak lama antara bacaan al-Fatihah dan bacaan surah semata-mata untuk memberi peluang kepada makmum membaca al-Fatihah?
2- 1:39:15 – Kita sedia maklum “amalan berdoa berjamaah selepas solat jamaah” tiada asasnya; namun adakah dalil yang menunjukan Rasulullah s.a.w berdoa sedirian selepas solat fardhu? Bagaimana pula dengan hadith Rasulullah s.a.w bahawa antara waktu paling afdhal untuk berdoa adalah waktu selepas solat? Benarkah ada ulama’ berpendapat ada doa selepas solat itu bermaksud doa selepas bacaan tahiyat sebelum salam? Jika saya solat di sebuah masjid kemudian imamnya membaca doa perlukah saya “amin”kan doa tersebut atau saya abaikan saja, kerana biasanya bila saya tidak angkat tangan untuk turut sama berdoa akan ada ahli jamaah memandang sinis kepada saya?
3- 1:51:52 – Berdoa berjamaah selain dari selepas solat seperti berdoa sebelum memulakan atau untuk mengakhiri sesuatu majlis atau murid-murid berdoa ramai-ramai sebelum memulakan kelas; adakah ianya menepati sunnah atau tidak?
4- 1:54:31 – Berzikir dengan membaca asma ulhusna adakah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w? Contohnya baca ‘ar-Rahman” 100 kali hati akan menjadi tenang baca ‘Ya Razzaq” 100 kali nescaya akan dipermudahkan rezeki. Adakah semua ini tsabit dari Rasulullah s.a.w?
5- 1:54:50 – Ada penceramah di tv menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak mempunyai bayang! Benarkah begitu?
6- 1:56:53 – Berkenaan Abu Thalib (bapa saudara Rasulullah s.a.w), setakat mana sahih cerita-cerita yang tersebar mengenainya di dalam kitab-kitab sirah?
7- 1:58:44 – Pada hari ini ada penulis yang membukukan kisah-kisah Sahabat dalam bentuk novel. Apa pandangan ustaz?