2- 15:07 – Perbezaan maksud ‘wajib’ dan ‘fardhu’ menurut mazhab Hanafi serta penjelasan khilaf pendapat tersebut dengan hadith bab ini
3- 16:59 – Tidak ada khilaf tentang sembahyang fardhu iaitu lima waktu sehari semalam
4- 17:24 – Takrif ‘fardhu’ dan ‘wajib’ bagi mazhab Hanafi.
5- 18:15 – Maksud Pertama: Sabda Nabi, “Tidak Ada yang wajib kecuali engkau melakukan yang sunat”
6- 18:48 – Maksud Kedua: Sabda Nabi, “Tidak ada yang wajib kecuali engkau melakukan yang sunat” – Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berpendapat: Wajib menyempurnakan yang sunat bila sudah memulainya.
7- 23:58 – Puasa yang fardhu hanya pada bulan Ramadhan sahaja, jika ada yang lain maka sudah mansukh dengan hadith ini.
8- 24:40 – Maksud ‘sadaqah’ dalam hadith ini adalah zakat dan sebab zakat disebut dengan nama ‘sadaqah’.
9- 26:17 – Adakah terdapat yang wajib pada harta selain zakat?
10- 29:14 4 – Maksud: “Saya tidak menambahkan daripada yang ini dan tidak akan mengurangkannya”
11- 32:54 – Hukum bersumpah tidak akan melakukan perkara yang sunat & Bolehkah kita bersumpah tidak akan melakukan perkara yang sunat?
12- 31:59 – Dalil meninggalkan perkara yang sunat itu tidak berdosa.
6- 20:12 – Khilaf tentang akhir waktu Maghrib & Apakah qaul qadim dan qaul jadid Imam as-Syafi`e berhubung masalah ini? Yang manakah yang lebih dipakai dan ditarjihkan ulama`-ulama’ Syafi`iyyah?
7- 25:11 – Dalil harus (bukan bermakna elok, hanya semata-mata harus) menta`khirkan (melewatkan) sembahyang.
8- 34:03 – Waktu Subuh, dan huraian tentang fajar sadiq dan kazib
10- 38:12 – Antara jasa `Umar bin `Abdul `Aziz: Dikatakan pengasas ilmu usul hadith kerana mengarahkan pembukuan hadith-hadith dalam jenis-jenis kitab hadith yang berlainan.
11-59:05 – Hadith ini menunjukkan bahawa menunggu jemaah lebih ramai adalah lebih afdhal (utama) daripada mengerjakan sembahyang di awal waktu.
12- 59:58 – Qias dengan hadith ini: Sembahyang lewat tetapi dalam keadaan lebih tenang itu lebih afdhal daripada sembahyang awal tetapi dalam keadaan tergopoh-gopoh. Begitu juga kenapa Nabi melewatkan sembahyang ketika panas dan makan terlebih dahulu ketika makanan sudah dihidangkan, maka jawapannya adalah untuk mendapat khusyu’.
13- 01:01:39 Keutamaan sembahyang sunat Subuh & Khilaf antara mazhab-mazhab berkenaan waktu afdhal untuk sembahyang Subuh.
14- 01:08:03 Usamah bin Zaid al-Laitsi – perawi yang “mutafarriq” (bersendirian dalam meriwayatkan kaifiyyat (dan mentafsirkan makna) ‘isfar’ dalam hadith ini). Beliau juga perawi yang dipertikaikan sebahagian ulama’. Imam al-Bukhari dan Yahya bin Sa`id al-Qattan mengatakannya dhaif (lemah).
15- 01:12:48 Pendirian yang sepatutnya tentang khilaf tentang rakaat sembahyang dan pendapat peribadi Maulana `Asri tentangnya.
2- 08:49 – Perawi hadith: Abu Bakr bin Abu Musa al-`Asy`ari, saudara kepada Abu Burdah bin Abu Musa al-`As`ari. Kebanyakan ulama` mengatakan dia sempat (meriwayatkan) dengan ayahnya berbanding Abu Burdah tetapi Imam Ahmad mengatakan dia tidak sempat.
3- 10:45 – Nabi s.a.w. ingin mengajar kepada kita adakalanya sesuatu perkara itu lebih baik ditunjukkan secara amali (praktikal) daripada secara teori sahaja
4- 14:05 – Makna ‘iqamat’ dalam istilah hadith adalah bermaksud azan dan juga iqamat
5- 19:29 – Hadith ini menjadi hujjah (tidak menyokong) ke atas qaul jadid Imam as-Syafi`i dan Imam Malik tentang pendapat mereka tentang pendeknya waktu magrib
6- 26:23 – Tarjih dari Imam an-Nawawi dan tiga jawapan kepada hadis Jibril yang menjadi dalil kepada Imam as-Syafi`i, Imam Malik dan ulama’-ulama’ yang sependapat dengan mereka.
7- 29:08 14 – Masalah yang difatwakan dalam mazhab as-Syafie (antara qaul Qadim & Qaul Jadid).
8- 36:45 – Bagaimana Nabi s.a.w. sembahyang pada waktu-waktu yang berlainan.
9- 48:39 – Percanggahan hadith-hadith kelebihan sembahyang di awal waktu dengan hadith-hadith yang lain. Benarkah kelebihan hanya kerana sembahyang pada awal waktu?
10- 52:19 – Kelebihan sembahyang di awal waktu bukan secara mutlak tapi hanya pada waktu-waktu yang tertentu yang munasabah. Hadith-hadith kelebihan sembahyang di awal waktu boleh dikatakan semuanya dhaif (lemah).
11- 53:27– Tiada satu dalil yang kukuh mengatakan sembahyang di awal waktu adalah lebih afdhal
12- 53:32 – Kekeliruan kerana wujudnya hadith dhaif dalam Sunan Abi Daud Dan at-Tirmizi berbanding hadith al-Bukhari Dan Muslim.
13- 55:29 – Menganalisa hadith-hadith yang menjadi dalil kelebihan sembahyang di awal waktu.
14- 58:11 – Ibnu Mas`ud sendiri tidak pakai hadith yang diriwayatkannya iaitu hadith tentang kelebihan sembahyang di awal waktu bahkan beliau sembahyang Subuh pada waktu isfar (cerah tanah). Begitu juga dengan Saidina `Ali.
15- 58:36 – Hadith Ibnu `Umar: “Sembahyang awal waktu mendapat keredhaan Allah dan sembahyang di akhir waktu mendapat keampunan Allah” dan jawapan kepada hadith ini, antaranya; Perawinya Ya`qub bin al-Walid al-Madani – Ibnu Hibban mengatakan dia seorang pereka hadith, Imam Ahmad mengatakannya seorang pendusta besar.
2- 14:19 – Tujuan Imam Abu Daud membawakan hadith-hadith berbeza untuk menyatakan punca khilaf ulama’ atau dalil (sandaran) ulama’-ulama’ dalam bab ini
3- 15:35 – Dalil bagi waktu solat Zuhur ketika masih awal waktu yakni semasa masih panas
4- 16:52 – Wajib sujud dengan mengenakan dahi pada tanah
5- 18:31 – Pergerakan sedikit sebanyak tidak membatalkan solat berdasarkan hadith ini
6- 19:08 – Hujjah dan jawapan ulama` yang tidak bersetuju dan tidak berpegang dengan hadith ini, antaranya: a) hadith ini telah masukh b) perbuatan mengambil pasir supaya sejuk tidak semestinya di awal waktu
7- 25:00 – Khilaf tentang masalah lengan baju, bolehkah dibuat lapik dahi? Sesetengah ulama` mazhab as-Syafiiyyah tidak mengharuskan; berbeza dengan Imam Abu Hanifah, al-Bukhari dan lain-lain yang berpendapat harus berbuat demikian.
8- 26:56 – Antara ulama` yang berpendapat hadith ini sudah mansukh adalah Imam Thahawi (Mazhab Hanafi) dan Imam Subki (Mazhab Syafi`e)
9- 27:27 – Waktu Nabi s.a.w. sembahyang zohor selepas gelincir matahari, sekadar manakah gelincir (bayang itu)?
10- 30:38 – Hadith ini juga menjadi dalil harus melewatkan sembahyang seandainya ada sebab yang boleh mengganggu kekhusyukan
11- 33:02 – Imam Abu Hanifah berpendapat tidak afdhal bagi orang perempuan bersembahyang jemaah di masjid bahkan mereka lebih elok bersembahyang di rumah.
13- 46:41 – Neraka terlalu kuat sehingga memakan dirinya sendiri lalu dia memohon kepada Allah agar dibenarkan dia meluahkan nafasnya dua kali setahun iaitu sejuk dan panas.
15- 57:17 – Hadith ini hanya sekadar menunjukkan ianya harus dan bukannya sebagai amalan. Hadith ini tidak kuat berbanding hadith-hadith yang lain sebelum ini.
16- 01:02:42 – Khilaf tentang sembahyang “wustha”, adakah ianya sembahyang Zohor atau `Asar?
17- 01:06:49 – Pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan sembahyang “Wustha”
18- 01:17:48 – Dalam hadith Anas ini, apakah yang dimaksudkan dengan ‘nifaq’, adakah i`tiqadi atau amali?