4- 51:21 – Nabi s a.w Pernah Jama’ Sembahyang Tanpa Bermusafir Tetapi Bukan Dijadikan Kebiasaan Baginda.
SESI SOAL JAWAB
1- 1:32:22 – Imam at-Tirmizi berkata, “Kesemua yang terdapat dalam kitab ini adalah hadith yang “ma’mul bih” (boleh diamalkan) kecuali dua hadith”- Rujukan – Syarah ‘ilal Tirmizi oleh Ibnu Rajab al-Hanbali, Jilid 1 ms 4. Seperti mana yg kita tahu di dalam Sunan at-Tirmizi turut terdapat hadith-hadith yang dhoif, jadi apakah yang dimaksudkan dengan “ma’mul bih” tersebut? Kenyataan ini akan membuka peluang kepada si pelaku bid’ah. Sudah ada sekarang ini yang menjadikannya sebagai hujjah boleh beramal dengan hadith-hadith yang bertaraf dhoif, dhoif jiddan malahan hadith maudhu’ sekali pun!
1- 1:20:23 a) Isu kemutawatiran al-Quran. Jika Maulana ada menulis buku khas tentang isu yang sangat besar ini dimana saya boleh dapatkannya?
b) Ada seorang profesor membayangkan kalau Husain Habsyi (Seorang yang asalnya ahli sunnah kemudiannya memeluk agama Syiah kerana tidak puas hati dengan sejarah pengumpulan al-Quran dan bersetuju dengan pendapat Syiah yang mengatakan al-Quran yang ada sekarang ini tidak sempurna) sempat membaca kitab-kitab berikut dia tak perlu menjadi Syiah untuk memuaskan hatinya. Saya taip nama-nama kitab ini dan pengarang betul-betul mengikut ejaan beliau dalam sms yang dihantarnya, 1) “al-Khutub al-‘Aaridhah” (oleh Syaikh Rafi’uddin al-Dihliwi ) 2)- “Ummul Quran” (oleh Sheikh Hasbi al-Shiddiqi) .
Soalan saya: Betulkah jawapan ada dalam buku-buku ini atau kedua-duanya dikarang selepas masa Husain al-Habsyi?
c- Iltizamat Imam al-Bukhari diketahui dari dalam kitab Sahih al-Bukhari sendiri atau beliau nyatakan di tempat lain (kerana Maulana pernah kata beliau sempat mengajar kitab sahihnya selama beberapa tahun)?
d- Sempatkah Imam al-Bukhari mengajar kitabnya hingga habis?
2- 1:31:02 a) Setakat manakah had pergaulan suami isteri masa di luar atau tempat umum seperti taman dan pantai. Sebagai contohnys bolehkah pegang tangan atau peluk pinggang?
b) Bagi ustaz mana yang lebih baik belajar di India atau Pusat Pengaiian Darulkautsar buat masa ini? Saya dengar berita bahawa pengajian di India sekarang ni dah tergugat.
c) Apa pendapat ustaz tentang silat batin dan bomoh guna jin? Apakah perbezaan di antara keduanya?
1- 1:36:54 – Adakah sembahyang lima waktu sudah wujud sebelum era Nabi Muhammad s.a.w?
2- 1:39:33 a) Yang mana lebih utama diantara menjaga ibu yang telah tua lagi uzur atau tinggalkan ibu untuk keluar berdakwah dan berserah kepada Allah (dengan niat kalau mati masuk syurga)?
b) Bolehkah daging qurban dijadikan aqiqah?
c) Adakah batal sembahyang jika ditambah lafaz “saiyidina” dalam tahiyyat?
3- 1:42:22 a) Seseorang memiliki emas dan wang ringgit tetapi tidak cukup nishab zakat keduanya jika dikira secara berasingan. Apakah wajib dicampurkan keduanya agar cukup nishab dan boleh dikeluarkan zakat?
b) Selawat shifa’ seolah-olah menyatakan Nabi Muhammad s.a w ada kuasa menyembuhkan, Apakah ini tidak salah atau bercanggah dengan aqidah atau syariat atau ada pengertian lain yang boleh ditakwil?
3- Sesuaikah meletakkan kalimah Allah dan Muhammad setaraf (sama paras) di dinding? Apakah ianya sesuai dan betul sedangkan khatam (cop) nabi meletakkan nama Allah di atas?
4- 1:46:45 – a) Apakah hukum memakan haiwan yang memakan bangkai, najis dan sebagainya? b) Apakah batas bersalam-salaman yang dibenarkan oleh syara’ di antara lelaki dengan saudara mara perempuan, misalnya bersalam-salaman dengan nenek, mak saudara tsabit, cucu perempuan tsabit?
5- 1:51:20 – Dikatakan ada hadith riwayat al-Bukhari dan al-Thabrani, diantara tanda-tanda akhir zaman ialah bila ka’bah akan diruntuhkan oleh seorang lelaki berketurunan Habsah yang dilantik menjadi pemerintah Roman. Apakah hadith ini sahih?
6- 1:52:18 – Adakah solat berjemaah itu wajib bagi lelaki? Diantara solat berjamaah dan khusyu’, yang mana dutamakan jika solat bersendirian lebih khusyu’ dari solat berjamaah?
7- 1:53:14 Adakah mendengar qasidah habib-habib adalah perkara bid’ah? Bolehkah saya mengalunkan qasidah-qasidah habib tersebut tetapi tanpa paluan gendang dan alat muzik kerana maksud qasidah tersebut adalah memuji Allah dan Nabi s.a.w?
8- 1:55:48 – Adakah banjir di zaman Nabi Nuh menenggelami seluruh dunia. dan memusnahkan seluruh dunia? Adakah seluruh makhluk menaiki bahtera itu termasuk binatang?
9- 1:57:38 – Apakah pengertian istilah “maksiat”? Ada segelintir masyarakat menganggap maksiat hanya zina, minum arak dan judi. Minta ulasan ringkas maulana.
10- 1:58:51 a- Berapakah bilangan hari yang diharuskan jama’ dan qasar mengikut empat mazhab? Diantara pendapat tersebut yang mana lebih kuat?
b- Mana yang lebih afdhal diantara sembahyang qasar bersendirian atau sembahyang tamam dengan berjamaah?
2- 39:42 – Sembahyang Yang Pertama Ialah Zohor Dan Nama-nama Sembahyang Zohor.
3- 46:00 – Selingan – Ahli-ahli Ilmu Perlu Amanah.
4- 55:00 – Sembahyang Isya’ Digalakkan Lewat Sedikit.
5- 1:07:15 – Kebiasaan Nabi s.a.w Sembahyang Subuh Pada Waktu “Ghalas” (awal waktu) Bukan Waktu “Isfar” (cerah tanah)
6- 1:21:55 – Antara Pengajaran, Pedoman Dan Panduan Hadith
SESI SOAL JAWAB
1- 2:00:15 Apakah status hadih ini…? Katanya Shaikh Albani menghasankannya.
2- 2:04:17 a- Orang selalu kata tak belajar banyak pun tak mengapa, yang penting ilmu itu diamalkan. Ilmu banyak tapi kalau tak amal tak ada gunanya. Apa pandangan ustaz?
b- Sejauh mana tanggungjawab kaum wanita untuk menuntut ilmu?