Usul Tafsir al-Quran – Sesi 63 – Usul No 16 – Sebab Turun Ayat & Apa Yang Bersesuaian Dengannya

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 63 – Usul No 16 – Sebab Turun Ayat & Apa Yang Bersesuaian Dengannya

https://darulkautsar.wordpress.com/

USUL TAFSIR AL-QURAN – Sesi 63

(Sambungan) USUL KE 16- Mengetahui Tentang Sebab Turun Ayat Dan Apa-apa Yang Bersesuaian Dengannya

Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff

Kota Bharu, Kelantan

27 Sept 2017

Laman Web Menarik – https://pemurniansejarah.wordpress.com/

Nota Kuliah boleh di download di sini https://tinyurl.com/y994pzwq (usul 16-2)

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:20 : Beberapa Peringatan Berhubung Dengan Sebab Nuzul

02- 00:04:44 : Ayat-ayat Yang Turun Khusus Berkenaan Dengan Orang Tertentu (Namanya Bahkan Disebutkan ); Ayat-ayat Seperti Ini Berdasarkan Ijmak Ulama’

03- 00:06:33 : Ayat Tentang Abu Lahab

04- 00:14:21 : Ayat Yang Sebut Nama Zaid Bin Harithah Tentang Boleh Berkahwin Dengan Anak Angkat

05- 00:25:11 : Ayat Yang Khusus Kepada Nabi s.a.w Dalam Surah Ad-Dhuha Dan Beberapa Ayat Di Permulaan Surah An-Najm

06- 00:34:30 : Ayat-Ayat Yang Tersebut Di Dalamnya Ciri-ciri Dan Sifat-sifat Khusus Bagi Seseorang, Satu Kumpulan Atau Perkara Tertentu Tanpa Disebut Namanya Dengan Terang. Bagaimanapun Ada Tanda-tanda Dan Petunjuk Yang Mengisyaratkan Kepada Orang, Kumpulan Atau Perkara Tertentu, Maka Ayat-ayat Seperti Itu Dikira Khusus Dengan Orang, Kumpulan Atau Perkara Berkenaan Sahaja. Menurut Ijmak Ulamak Ia Tidak Merangkumi Orang-orang Lain Meskipun Mereka Juga Mempunyai Ciri-ciri Dan Sifat-sifat Khusus Yang Sama Dengan Orang, Kumpulan Atau Perkara Yang Sememangnya Dimaksudkan.

07- 00:44:33 : Golongan Yang Beriman Disebut Di Dalam Al-Quran

08- 00:53:56 : Antara Ayat-Ayat Yang Turun Dengan Sesuatu Peristiwa Yang Tertentu Tetapi Lafaznya Memberi Erti Umum, Seperti Ayat Zihar

09- 01:09:03 : Ayat Tentang Hukum Li’an

10- 01:18:38 : Ayat-ayat Yang Ada Sebab Turunnya Yang Khusus, Atau Ia Turun Bersempena Dengan Peristiwa-peristiwa Tertentu Tetapi Lafaznya Memberi Erti Umum, Tidak Ada Pula Perkara Yang Memalingkannya Daripada Erti Umumnya; Maka Berhubung Dengan Ayat-Ayat Seperti Ini Terdapat Perbezaan Pendapat Dari Kalangan Ahli Ilmu.

11- 01:20:11 : Peristiwa Perjanjian Damai Di Antara Nabi s.a.w Dengan Golongan Quraisy

Leave a comment