Usul Tafsir Quran – Sesi 40 – Usul 14 – Kesinambungan Dalil & Madlul Pada Sumpah Allah Dalam Quran

Usul Tafsir Quran – Sesi 40 – Usul 14 – Kesinambungan Dalil & Madlul Pada Sumpah Allah Dalam Quran

 

https://darulkautsar.wordpress.com/

USUL TAFSIR AL-QURAN – Sesi 40

(Sambungan) USUL KE 14 – Mengetahui Kesinambungan DI antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran

Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff

Kota Bharu,Kelantan

1 Feb 2017

Laman Web Menarik – https://darulkautsarpemurniansyariat….

Nota Kuliah boleh di download di sini https://tinyurl.com/y9mx9ok7 (usul 14-2)

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:27 : Mengetahui Kesinambungan Di Antara “Dalil” Dan “Madlul” Dalam Sumpah-sumpah

02- 00:01:30 : Perbezaan Pendapat Ulama’ Tentang Ada Dibuang Atau Tidak Muqsam Alaih

03- 00:06:45 : Apabila Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Tidak Diperlukan, Sumpah Allah Di Tempat Itu Adalah Semata-mata Untuk Menarik Perhatian Manusia Kepada Muqsam Bihi Yang Dengan Jelas Menunjukkan Kekuasaan Dan Keajaiban-Nya. Muqsam Bihi Sendiri Sebenarnya Sudah Menunjukkan Kepada Muqsam Alaih, Dalam Keadaan Ini Membuang Muqsam Alaih Lebih Meringkaskan Ayat Dan Lebih Memberi Makna Yang Mendalam.

04- 00:15:33 : Apabila Ada Dalil Yang Menunjukkan Muqsam Alaih, Maka Muqsam Alaih Tidak Perlu Disebutkan Lagi (Iaitu Dibuang)

05- 00:30:44 : Apabila Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Diandaikan, Ianya Sepatutnya Dimulai Dengan Haraf Faa’

06- 00:36:57 : Di Mana Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Kelihatan Dimulakan Dengan “Hal” ( هل )

07- 00:40:37 : Di Mana Kelihatan Semacam “Lam” Qasam Dibuang Daripada Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Sementara Bahagian-bahagian Jawab Qasam Yang Lain Masih Ada Padahal Jawab Qasam Semua Sekali Dibuang

08- 00:45:33 : Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Biasanya Disebutkan Tetapi Kadang-kadang Ianya Dibuang

09- 00:49:22 : Beberapa Perkataan Penambah Di Permulaan Muqsam Alaih

10- 00:51:20 : Perkataan “Inna” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih

11- 00:54:58 : Perkataan “Ma Nafi” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih

12- 00:57:17 : Perkataan “Lam Berbaris Di Atas” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih

13- 00:58:57 : “In Al-Khafifah” Atau “In Al-Mukhaffafah Minas Sakilah”, “In” Yang Ada selepasnya Fiil Nakis

14- 01:02:03 : Ada “La” Di Permulaan Muqsam Alaih

15- 01:03:54 : Perkataan “Qad” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih

16- 01:07:11 : Perkataan “Bal”

Leave a comment