Usul Tafsir al-Quran – Sesi 4 – Usul 3,4&5 -Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat-pendapat Sahabat, Tabiin

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 4 – Usul 3,4&5 -Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat-pendapat Sahabat, Tabiin

https://darulkautsar.wordpress.com/ – USUL TAFSIR AL-QURAN – Sesi 4 –

USUL 3 -Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat-pendapat Sahabat

USUL 4- Tafsir A-Qur’an Dengan Pendapat-pendapat Tabi’in

USUL 5 – Tafsir Al-Qur’an Berdasarkan Pendapat-pendapat Yang Bersesuaian Dengan Kaedah-kaedah Bahasa ‘Arab

Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff

Kota Bharu,Kelantan

3 Feb 2016

Nota Kuliah boleh di download di sini – https://tinyurl.com/ydbrfju8 (usul 1 hingga 6)

KLIK TANDA MASA DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:17 : Usul Tafsir Ke 3 – Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat-pendapat Sahabat Nabi s.a.w

2- 00:06:45 : Jalan Penyelesaian Jika Berlaku Perselisihan Pendapat Di Kalangan Sahabat Dalam Mentafsirkan Al-Quran Ialah Dengan Memilih Dan Mentarjihkan Pendapat Yang Lebih Kuat

3- 00:09:00 : Rujukan Utama Di Kalangan Sahabat Bagi Mazhab Syafi’ie Ialah Ibnu Abbas r.a

4- 00:15:25 : Rujukan Utama Dari Kalangan Sahabat Bagi Mazhab Hanafi Ialah Ibnu Mas’ud r.a

5- 00:20:13 : Rujukan Utama Dari Kalangan Sahabat Bagi Mazhab Maliki Ialah Ibnu Umar r.a

6- 00:23:03 : Rujukan Utama Dari Kalangan Sahabat Bagi Mazhab Ahmad Ialah Abdullah Bin Amr Bin Al-Ash r.a

7- 00:26:50 : Contoh Perbezaan Pendapat Sahabat, Tentang Ayat “Aula Mastumun Nisaa’ ”

8- 00:36:33 : Antara Contoh Tafsir Al-Quran Dengan Atsar Sahabat

9- 00:42:30 : Usul Tafsir Ke 4 – Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat Tabi’in ​

10- 00:53:00 : Contoh Tafsir Al-Quran Dengan Atsar Tabi’in

11- 00:56:37 :Usul Tafsir Ke 5 – Tafsir Al-Quran Berdasarkan Pendapat-pendapat Yang Bersesuaian Dengan Kaedah-Kaedah Bahasa Arab

12- 01:08:18 : Al-Quran Diturunkan Dengan Bahasa Arab. Tanpa Penguasaan Bahasa Arab Seseorang Tidak Mungkin Dapat Memahami Al-Quran, Hadith-Hadith Nabi s.a.w Juga Dalam Bahasa Arab, Baginda Bahkan Merupakan Orang Arab Yang Paling Fasih, Oleh Itu Seseorang Yang Hendak Mentafsir Al-Quran Mestilah Mengetahui Selok-belok Bahasa Arab Fushah Yang Digunakan Di Zaman Nabi s.a.w

13- 01:10:40 : Syair-syair Arab Jahiliyah Juga Mestilah Menjadi Rujukan Kerana Ianya Merupakan Contoh Penggunaan Bahasa Arab Mushaf Yang Tulen

14- 01:12:32 : Contoh Golongan Anti Hadith Menterjemahkan Firman Allah s.w.t

15- 01:15:02 : Contoh Seorang Sufi Sesat Mentafsirkan Firman Allah s.w.t

******************* NOTA KULIAH *******************

NOTA KULIAH: 3. Tafsir Al-Qur’an Dengan Atsar Sahabat

Usul ketiga ialah mentafsir al-Qur’an dengan atsar atau pendapat-pendapat Sahabat khususnya “Abdullah bin Mas’ud r.a (m.32H) dan ‘Abdullah bin ‘Abbaas r.a (m.68H). Sebelum mentafsirkan al-Qur’an dengan pendapat-pendapat Sahabat, seseorang pentafsir hendaklah terlebih dahulu melihat al-Qur’an itu sendiri, apakah ada tafsiran terhadap sesuatu yang hendak ditafsirkan di dalamnya atau tiada. Kalau ada, maka tafsiran al-Qur’anlah yang seharusnya dipakai. Kalau tidak ada, maka perlu pula dicari tafsirannya di dalam hadits. Kalau ada tafsirannya di dalam hadits, maka itulah seharusnya dipakai. Setelah tidak didapati tafsirannya di dalam hadits, barulah dicari tafsirannya di dalam atsar (kata-kata atau pendapat-pendapat) Sahabat. Demikianlah tertib yang betul dalam pentafsiran al-Qur’an.

Atsar Sahabat diguna pakai dalam mentafisr al-Qur’an kerana sebab-sebab berikut:

(a) Bahasa al-Qur’an adalah bahasa mereka.

(b) Mereka mengetahui dan memahami latar belakang ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

(c) Mereka mempelajari al-Qur’an dan ma’na-ma’nanya dengan Rasulullah s.a.w sendiri.

(d) Mereka sangat cermat dalam mentafsir al-Qur’an. Perbezaan pendapat dalam mentafsir sesuatu ayat berlaku juga di kalangan Sahabat, tetapi biasanya hanya pada lafaz sahaja. Adapun perbezaan pada ma’na, maka itu sesuatu yang jarang berlaku.

(e) Ada jalan penyelesaian yang terang jika berlaku perselisihan pendapat dikalangan Sahabat dalam mentafsir al-Qur’an. Dalam keadaan itu pendapat yang lebih kuat harus dipilih dan ditarjihkan. Dimaksudkan dengan pendapat yang lebih kuat ialah yang lebih dekat dan sesuai dengan al-Qur’an dan hadits yang dinukilkan dengan sanad yang lebih sahih.

(f) Ijma’ mereka merupakan hujah dalam syar’at.

Antara peribadi yang terkenal sebagai imam dalam tafsir al-Qur’an di kalangan Sahabat ialah 10 orang berikut :

(1.) Saiyyidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a

(2.) Saiyyidina ‘Umar r.a.

(3.) Saiyyidina ‘Utsman r.a.

(4.) Saiyyidina ‘Ali r.a.

(5.) Saiyyidina ‘Abdullah Bin Ma’sud r.a.

(6.) Saiyyidina ‘Abdulhah bin ‘Abbaas r.a

(7.) Saiyyidina Ubai bin Ka’ab r.a

(8.) Saiyyidina Zaid bin Tsabit r.a.

(9.) Saiyyidina Abu Musa al-Asy’ari r.a.

(10.) Saiyyidina ‘Abdullah Bin Zubair r.a.

Antara contoh tafsir al-Qur’an dengan atsar Sahabat ialah tafsiran Ibnu Mas’ud terhadap rangkai kata yang tersebut di dalam ayat 6 Surah Luqman. Untuk menguatkan pendapat beliau, sebanyak tiga kali diulanginya kata-kata, bermaksud:

“Ia demi Allah adalah lagu-lagu”. (Atsar riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Jarir, Haakim dan Baihaqi).

4. Tafsir Al-Qur’an Dengan Atsar Tabi’in Sumber keempat tafsir Qur’an ialah Tabi’in dan pendapat-pendapat mereka, dengan syarat ia sampai kepada kita (umat) melalui saluran nukilan yang sahih. Terutamanya atsar tabi’in dari kalangan murid-murid Ibnu ‘Abbaas r.a. seperti Mujahid, ‘Ikrimah, Qataadah, Hasan Bashri, Ibnu Sirin dan lain-lain. Tabi’in ialah generasi umat islam yang merupakan pelapis kepada generasi para sahabat. Ramai daripada mereka merupakan murid-murid sahabat. Mereka menerima ilmu agama Islam daripada Sahabat Nabi s.a.w sendiri. Mereka dinamakan Tabi’in kerana telah betul-betul mengikut Sunnah Nabi s.a.w dan menurut jejak langkah para sahabat Baginda s.a.w. Allah di dalam al-Qur’an menyebutkan mereka sebagai “والذين اتبعوهم باحسان.(dan orang-orang yang menurut [jejak langkah) mereka [sahabat muhajirin dan anshar] dengan baik”. (at-Taubah:100).

Oleh kerana kalangan Tabi’in yang utama telah menerima tafsiran al-Qur’an daripada para sahabat yang memang mahir dan ahli dalam bidang tafsir, kata-kata dan pendapat-pendapat mereka juga perlu diletakkan di hadapan apabila anda hendak mentafsir al-Qur’an. Walau bagaimanapun beberapa perkara di bawah ini perlulah sentiasa diingat:

(a) Apa yang diperselisihkan di kalangan Tabi’in bukan merupakan hujah dalam agama. Tetapi apa-apa yang diijma’kan mereka merupakan hujah menurut kebanyakan ulama.

(b) Riwayat-riwayat berhubung dengan tafsir dinukilkan dengan dua cara. Pertama dengan bersanad. Kedua tanpa sanad. Atsar Sahabat dan Tabi’in yang dinukilkan dengan sanad yang kuat sahaja diterima. Riwayat-riwayat Sirah dan Maghazi yang tidak sahih tidak seharusnya digunakan untuk mentafsir al-Qur’an. Imam Ahmad berkata “Ada tiga perkara (kebanyakannya) tidak bersanad; tafsir, malahim (cerita-cerita peperangan) dan maghazi (sirah Nabi s.a.w.)”. Sebabnya Imam Ahmad berkata begitu kerana kebanyakan riwayat berhubung dengannya kalau ada pun sanadnya, ianya samaada munqathi’ atau mursal.

Di bawah ini dikemukakan dua contoh tafsir dengan atsar Tabi’in. Dalam mentafsirkan firman Allah yang terdapat di dalam ayat 31 Surah an-Nur iaitu bermaksud : “atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita”. Qataadah (m.118H) seorang Tabi’i yang terkenal berpendapat, ia bererti orang-orang yang bergantung hidupnya kepada seseorang untuk mendapat makanan dan minumannya. Mereka pula telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan. Menurut Mujahid (m.107H) pula ia adalah laki-laki bodoh yang langsung tidak ada keinginan kepada wanita.

5. Tafsir Al-Qur’an berpandukan Qaedah-Qaedah Bahasa Arab Usul kelima ialah mentafsir al-Qur’an berpandukan qaedah-qaedah bahasa ‘Arab. Usul ini tidak kurang pentingnya daripada usul-usul yang tersebut sebelumnya.

Pentafsir mestilah seorang yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bahasa ‘Arab. Ia mestilah mahir dalam ilmu Nahu, Sharaf, bahasa ‘Arab dan Balaghah dengan segala cabang-cabangnya. Ia mestilah mengetahui semua bentuk tasybih, isti’arah, kinayah dan sebab-sebab ijaaz serta ithnaab, selain mampu mengesan sesuatu yang mahzuf (dibuang) di dalam sesuatu ayat, dan lain-lain perbahasan yang termasuk di bawah ilmu Bayan, Ma’ani dan Badi’ yang merupakan cabang-cabang ilmu Balaghah.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa ‘Arab. Tanpa penguasaan bahasa ’ Arab seseorang tidak mungkin dapat memahami al-Qur’an. Hadits-Hadits Rasulullah s.a.w juga dalam bahasa ‘Arab. Baginda s.a.w bahkan merupakan orang ‘Arab yang paling fasih. Oleh itu seseorang yang hendak mentafsir al-Qur’an mestilah mengetahui selok-belok bahasa ‘Arab fusha yang digunakan di zaman Nabi s.a.w. Sya’ir-sya’ir ‘Arab jahiliah juga mestilah dijadikan rujukan, kerana ia merupakan contoh penggunaan bahasa ‘Arab fusha (standard) yang tulen. Itulah sebabnya Ibnu ‘Abbaas berkata, اذا أشكل عليكم شيء من كتاب الله فالتمسوه في الشعر فان الشعر ديوان العرب bermaksud: Jika timbul apa-apa kemusykilan (berhubung dengan bahasa ‘Arab) kepadamu, carilah jawapannya di dalam Sya’ir (‘Arab jahiliah). Kerana Sya’ir (‘Arab jahiliah) itu adalah kamus bahasa ‘Arab.

Di bawah nanti akan dikemukakan dua contoh penyelewengan dalam tafsir akibat mengabaikan usul kelima.

(a) Ada golongan anti hadits yang tidak mengerti bahsa ‘Arab menterjemahkan firman Allah: اضرب بعصاك الحجرyang sebenarnya bererti: “pukulllah batu itu dengan tongkatmu” dengan “bawalah pengikutmu berjalan di bukit”. Perterjemah anti-hadits itu tidak mengetahui bahawa ضرب yang “muta’addi bi nafsih “bererti pukul atau memukul. Perkataan في yang muta’addi dengan “fi” saja bererti berjalan, berpergian atau bersiar-siar.

(b) Seorang sufi sesat pula mentafsirkan firman Allah di dalam ayat ke 69 Surah al-‘Ankabut:وان الله لمع الحسنين yang ma’na sebenarnya ialah : “dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik”, dengan “dan sesungguhnya Allah benar-benar telah menggilap orang-orang sufi.” Si jahil ini tidak sedar bahawa لام pada perkataan لمع Bukan فاء fi’il, tetapi لام التأكيد (Lam yang merupakan kata penguat) pada khabar انّ.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s