SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG SESI 3 – 250905 : BAB TENTANG WAKTU SEMBAHYANG ZUHUR

https://darulkautsar.wordpress.com/

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 3

Bab: Waktu Sembahyang Zuhur

Maulana Muhd Asri Yusoff

Kota Bharu, Kelantan

25 Sep 05

Laman Web Menarik – https://raudhahquran.school.blog/

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 – Terjemahan hadith

2- 08:49 – Perawi hadith: Abu Bakr bin Abu Musa al-`Asy`ari, saudara kepada Abu Burdah bin Abu Musa al-`As`ari. Kebanyakan ulama` mengatakan dia sempat (meriwayatkan) dengan ayahnya berbanding Abu Burdah tetapi Imam Ahmad mengatakan dia tidak sempat.

3- 10:45 – Nabi s.a.w. ingin mengajar kepada kita adakalanya sesuatu perkara itu lebih baik ditunjukkan secara amali (praktikal) daripada secara teori sahaja

4- 14:05 – Makna ‘iqamat’ dalam istilah hadith adalah bermaksud azan dan juga iqamat

5- 19:29 – Hadith ini menjadi hujjah (tidak menyokong) ke atas qaul jadid Imam as-Syafi`i dan Imam Malik tentang pendapat mereka tentang pendeknya waktu magrib

6- 26:23 – Tarjih dari Imam an-Nawawi dan tiga jawapan kepada hadis Jibril yang menjadi dalil kepada Imam as-Syafi`i, Imam Malik dan ulama’-ulama’ yang sependapat dengan mereka.

7- 29:08 14 – Masalah yang difatwakan dalam mazhab as-Syafie (antara qaul Qadim & Qaul Jadid).

8- 36:45 – Bagaimana Nabi s.a.w. sembahyang pada waktu-waktu yang berlainan.

9- 48:39 – Percanggahan hadith-hadith kelebihan sembahyang di awal waktu dengan hadith-hadith yang lain. Benarkah kelebihan hanya kerana sembahyang pada awal waktu?

10- 52:19 – Kelebihan sembahyang di awal waktu bukan secara mutlak tapi hanya pada waktu-waktu yang tertentu yang munasabah. Hadith-hadith kelebihan sembahyang di awal waktu boleh dikatakan semuanya dhaif (lemah).

11- 53:27– Tiada satu dalil yang kukuh mengatakan sembahyang di awal waktu adalah lebih afdhal

12- 53:32 – Kekeliruan kerana wujudnya hadith dhaif dalam Sunan Abi Daud Dan at-Tirmizi berbanding hadith al-Bukhari Dan Muslim.

13- 55:29 – Menganalisa hadith-hadith yang menjadi dalil kelebihan sembahyang di awal waktu.

14- 58:11 – Ibnu Mas`ud sendiri tidak pakai hadith yang diriwayatkannya iaitu hadith tentang kelebihan sembahyang di awal waktu bahkan beliau sembahyang Subuh pada waktu isfar (cerah tanah). Begitu juga dengan Saidina `Ali.

15- 58:36 – Hadith Ibnu `Umar: “Sembahyang awal waktu mendapat keredhaan Allah dan sembahyang di akhir waktu mendapat keampunan Allah” dan jawapan kepada hadith ini, antaranya; Perawinya Ya`qub bin al-Walid al-Madani – Ibnu Hibban mengatakan dia seorang pereka hadith, Imam Ahmad mengatakannya seorang pendusta besar.

Leave a comment